Pastikan semua peserta membaca terma & syarat di bawah sebelum
menghantar karya.
SILA PASTIKAN SEMUA PESERTA MEMBACA TERMA & SYARAT,
III. SPESIFIKASI VIDEO
PERATURAN AM
-
Tarikh tutup penyertaan & Masa Akhir Penghantaran pada
9 Jun 2025, SEBELUM 12:00 AM. Penghantaran hasil
karya peserta TIDAK AKAN DITERIMA selepas daripada masa &
tarikh yang ditetapkan.
-
Yuran Pendaftaran sebanyak RM50.00 bagi kategori
SEKOLAH & RM100.00 bagi kategori
Tertutup Ranau, Influencer & Terbuka Sabah. Yuran tidak
akan dikembalikan setelah pendaftaran dikonfirmasikan oleh pihak
penganjur. SILA HANTAR RESIT PEMBAYARAN DI WHATSAPP:
+60195837414 – Julailah
-
Video WAJIB hasil karya seni ASLI, sekiranya
didapati ada plagiat dalam penghasilan video, peserta akan
DISINGKIRKAN tanpa budi bicara.
-
Hakcipta video kreatif adalah hak milik pihak
penganjur. Pihak penganjur berhak menggunakan produksi tersebut
seperti menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan,
menyunting semula dan menayangkan semua hasil karya yang dihantar
di laman sesawang, pameran, mana-mana platform media atau media
sosial untuk tujuan promosi dan sebagainya.
-
Unsur-unsur negatif seperti bersifat negatif, lucah, hasutan,
menyentuh sensitiviti masyarakat, penampilan imej dan unsur arak,
meminum atau seumpamanya dan lain-lain adalah DILARANG.
-
Setiap individu atau kumpulan cuma dibenarkan menghantar satu (1)
hasil karya video sahaja.
-
Penggunaan kemudahan Ads, Booster, Paid Review dan Membeli like atau
seumpamanya adalah tidak dibenarkan.
- Hanya Sepuluh (10) Video yang akan terpilih ke Penilaian Akhir.
- Muat naik hasil karya anda ke Google Drive yang disediakan.
-
Pengiraan Jumlah LIKE berdasarkan LIKE pada 10 Video Finalis yang
dimuat naik di Page Masidin Manjun Fans.
-
Peserta WAJIB mengkongsikan hasil karya anda melalui page rasmi
penganjur dengan Hashtag (#) yang ditetapkan.
-
Pihak Penganjur berhak mengubah, mengurangkan atau menambah mana-mana
terma & syarat sekiranya diperlukan. Oleh itu, peserta haruslah
sentiasa peka dengan pengumuman semasa di laman media sosial penganjur
atau Whatsapp Group.
- Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
PERATURAN KHAS KATEGORI
SEKOLAH
- Yuran Pendaftaran sebanyak RM50.00.
- Terbuka kepada pelajar berumur 13–17 tahun sahaja.
-
Tiada minimum penyertaan, individu atau berkumpulan, tapi hanya satu
(1) hasil karya terbaik sahaja yang akan dipilih ke peringkat akhir.
- Individu atau kumpulan pelajar wajib melantik seorang guru sebagai pengurus.
- Wajib menggunakan Hashtag (#) #KitaOrangRanau
-
Markah:
- 90% – Juri
- 10% – Penganjur (Pematuhan Terma & Syarat)
INFLUENCER
- Individu atau kumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya 5,000 jumlah FOLLOWERS.
- Format Video boleh secara menegak atau melintang.
-
Individu atau kumpulan TIDAK terikat dengan mana-mana ikatan (kontrak)
dengan pihak ketiga.
- Wajib menggunakan Hashtag (#) #KitaOrangSabah
-
Markah:
- 90% – Juri
- 10% – Penganjur (Pematuhan Terma & Syarat)
TERTUTUP RANAU
- Terbuka kepada penduduk asal Ranau & bermaustatin di Daerah Ranau.
- Terbuka kepada peserta berumur 18 tahun dan ke atas.
- Latar belakang video WAJIB di sekitar Ranau sahaja.
- Wajib menggunakan Hashtag (#) #KitaOrangRanau
-
Markah:
- 90% – Juri
- 10% – Penganjur (Pematuhan Terma & Syarat)
TERBUKA SABAH
- Terbuka kepada peserta berumur 18 tahun dan ke atas.
- Wajib menggunakan Hashtag (#) #KitaOrangSabah
-
Markah:
- 90% – Juri
- 10% – Penganjur (Pematuhan Terma & Syarat)